• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebebasan Media Perlu Digunakan Secara Berhemah

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kebebasan media di negara ini perlu digunakan oleh pengamal media secara berhemah dan berintegriti bagi menyumbang kepada pembangunan rakyat serta negara, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata, kebebasan media yang diperoleh pengamal media di negara ini perlu digunakan sebaiknya untuk menyampaikan maklumat atau fakta dengan betul tanpa diputar belit, kepada rakyat.

Katanya, pengamal media dan pengguna media sosial juga perlu memastikan berita serta fakta yang disampaikan kepada rakyat itu sahih dan bukan khabar angin semata-mata.

“Dengan dunia tanpa sempadan sekarang adalah semakin penting bagi pengamal media mempunyai integriti yang tinggi bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara serta masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penggantungan permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan kerana menerbitkan laporan yang disifatkan memudaratkan kepentingan awam dan negara.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, Puteri Umno akan terus memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghadapi serangan daripada pelbagai pihak termasuk media sosial.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata orang ramai perlu memeriksa dahulu segala maklumat yang diterima terutama yang berunsur negatif dan mampu menggugat pentadbiran serta maruah negara.

“Kita juga diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang diterima di media sosial tanpa usul periksa.

“Sebagai sayap bongsu dalam Umno pastinya Puteri Umno menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan banyak agenda yang perlu kita lakukan dalam Umno bagi memastikan kelangsungan dan survival orang Melayu dapat diteruskan,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd