• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Panggil Jho Low Beri Keterangan

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, telah dipanggil menghadap Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berhubung kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

PAC menghantar surat kepada Kementerian Kewangan (MoF) pada Khamis, memanggil beliau supaya hadir di hadapan jawatankuasa itu pada 8 September ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata surat itu dihantar kepada MoF kerana ia adalah ‘pemegang saham utama 1MDB’.

“Mereka sepatutnya tahu di mana dia berada atau dapat mengesannya,” kata Nur Jazlan kepada The Star.

Beliau berkata selain Jho Low, PAC juga memanggil pengarah-pengarah Brazen Sky, sebuah syarikat di mana 1MDB telah melaburkan sebanyak RM6 bilion untuk hadir di hadapannya dan menetapkan pertemuan itu pada 9 September ini.

Beliau berkata PAC mahu menyoal individu-individu ini berikutan penemuan dalam Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang dimiliki kerajaan dan telah mengumpulkan RM42 bilion hutang.

Laporan yang dikemukakan pada 9 Julai itu meliputi tempoh antara 23 Februari 2009 dan 30 Mac 2014 apabila Lembaga Pelaburan Terengganu telah ditubuhkan, diambilalih oleh Kerajaan Persekutuan dan transformasi berikutnya ke dalam 1MDB.

Ditanya bagaimana MoF akan mengesan Jho Low, Nur Jazlan berkata ‘ini bukan masalah PAC’.

Beliau berkata MoF adalah sebuah institusi kerajaan yang mempunyai sumber-sumber yang boleh digunakan.

“Mereka boleh meminta polis untuk mengesan beliau,” katanya.

PAC mula menyiasat 1MDB pada Mei dan memanggil pegawai-pegawai MoF untuk menjelaskan peranan kementerian dalam syarikat yang dibebani hutang itu.

Nur Jazlan berkata semua juruaudit 1MDB memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu pada bulan Jun.

Pada 4 dan 5 Ogos, Datuk Sharol Halmi dan Arul Kanda akan menghadap PAC manakala lembaga pengarah 1MDB akan memberi keterangan pada 17 Ogos.

Jawatankuasa itu akan mengemukakan penemuan dan cadangan kepada Parlimen selepas siasatan selesai. – mStar Online

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd