• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Di Sekolah, Tadika Bantu Turun Kadar Panggilan Palsu

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kempen kesedaran tentang bahaya panggilan palsu di peringkat sekolah dan tadika membuahkan hasil apabila kadar panggilan palsu di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan ketara dalam tempoh kira-kira lima tahun lepas.

Berdasarkan statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kadar panggilan palsu yang diterima oleh bomba turun mendadak daripada 85 panggilan pada tahun 2011 kepada 12 panggilan tahun ini sehingga Mei 2015.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata hasil kempen dilaksanakan pihaknya di sekolah dan tadika sekitar Kuala Lumpur cukup positif sehingga berjaya membangkitkan kesedaran tentang kesan buruk panggilan palsu kepada murid terbabit.

Beliau berkata lazimnya pihak bomba menerima banyak panggilan palsu daripada kanak-kanak ketika musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember.

“Saya sendiri memang pantau trend panggilan palsu ini dari semasa ke semasa.

“Kebiasaannya, kebanyakan kanak-kanak tinggal di rumah ketika musim cuti sekolah…jadi mereka tidak tahu apa nak buat, maka (ada antara) mereka akan membuat panggilan palsu kepada bomba,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Jalan Maharajalela, di sini.

Khiruddin berkata setiap panggilan yang diterima bomba dianggap benar dan wajib untuk pihak bomba memberi respons terhadap panggilan tesebut.

“Bagaimanapun, sejak adanya sistem Malaysia Emergency Response Services (MERS), ia secara tidak langsung banyak membantu bomba untuk mengesan lokasi panggilan dibuat pengadu dan penyedia komunikasi pemanggil.

“Contohnya, pada ketika kita terima panggilan, sebuah skrin besar di pusat operasi talian akan menunjukkan lokasi pemanggil membuat panggilan…dari situ kita dapat kesan sama ada ia panggilan palsu atau pun tidak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata setiap anggota yang bertugas mengawal pusat operasi talian diberi latihan khusus untuk mengesan panggilan palsu melalui sistem MERS.

Khiruddin turut mengingatkan masyarakat bahawa membuat panggilan palsu adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=MyiZDhMwG8o

Tags: BombaSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd