• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ISU MB Selangor: DAP Mahu PKR Balas Jasa!

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) membalas semangat setiakawan yang ditunjukkan DAP dalam berhadapan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, semangat kesetiakawanan DAP itu perlu dibalas dengan memberi DAP peranan yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor di semua peringkat.

“Konsistensi pendirian DAP dalam isu Menteri Besar Selangor dan kesetiaan kami terhadap konsensus bahawa jawatan itu perlu dalam kalangan calon PKR perlu diambil maklum oleh rakan-rakan daripada PKR.

“Kesetiakawanan ini perlu dibalas dengan peranan yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Perkongsian kuasa yang adil di Selangor dapat membantu kami di Negeri Sembilan,” katanya dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan 2014 yang diedarkan oleh DAP kepada media hari ini.

Siew Fook berkata, peranan yang lebih besar DAP dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga menunjukkan semua parti komponen pakatan pembangkang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Beliau dalam pada itu mengakui harapan dan kepercayaan rakyat terhadap pakatan pembangkang hampir musnah akibat krisis jawatan Menteri Besar Selangor tersebut.

Beliau mendakwa, isu itu memberi kesan yang sangat negatif kepada parti-parti dalam gabungan pakatan pembangkang di seluruh negara termasuk Negeri Sembilan.

“Harapan dan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat hampir-hampir dimusnahkan oleh kemelut tersebut.

“Pelantikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diharap dapat menutup tirai krisis tersebut,” katanya.

Tags: Krisis MB Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Terkejut Temui 80 Labah-Labah Dalam Pisang

Next Post

VIDEO: Lagu Jiwang Gay ‘Lelaki Untuk Lelaki’ (Siap Klip Video Lagi!)

Related Posts

Sengketa Antara PAS & DAP: Mana Satu Azmin Ali Sokong?

01/07/2015
0

UMUM sedia maklum, Pakatan Rakyat (PR) telah berkubur akibat sengketa berlarutan antara dua parti di bawahnya iaitu PAS dan DAP....

Bekas Staf Khalid Ibrahim Diarah Kembalikan Pampasan RM2.6 Juta

05/01/2015
0

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menuntut bekas staf menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar memulangkan kembali pampasan...

Next Post

VIDEO: Lagu Jiwang Gay 'Lelaki Untuk Lelaki' (Siap Klip Video Lagi!)

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd