• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Puak Pemisah Sarawak Merdeka Gagal

oleh
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jika mengambil kira segala macam promosi dan propaganda kumpulan pemisah ini, mungkin dapat dijangka seluruh Sarawak pagi Rabu ‘bergegar’ dengan sentimen anti-Malaysia yang cukup meluap-luap di dada.

Malangnya jika niat itu sendiri adalah jahat, maka hasilnya pastilah tidak berkat dan itulah yang berlaku pada perhimpunan dikenali sebagai  ‘722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk‘ gagal dapat sambutan.

Portal berita AgendaDaily melaporkan, hanya kira-kira 1,000 orang sahaja menghadiri perhimpunan terbesar dan cukup meriah di Padang Jubilee di Kuching pagi 22 Julai setelah letih berkumpul di situ sejak pukul 7.30 pagi.

Meskipun dinasihatkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman supaya tidak berbuat demikian, peserta yang majoritinya bukan Islam enggan mengalah biarpun menanggung malu kurang sambutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar malah memberi nasihat pada Selasa susulan polis menerima maklumat ada pihak rancang untuk menggunakan perhimpunan berkenaan sebagai platform berbaur hasutan.

Ini ditambah lagi penyebaran menerusi laman web Sabah Sarawak Keluar Malaysia membangkitkan sentimen provokasi rakyat Sarawak agar ‘keluar’ daripada kononnya dijajah zalim oleh kerajaan Persekutuan Malaysia.

Khalid dalam kenyataan semalam berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mana-mana pihak yang mengingkari larangan itu walaupun keizinan awal yang diberi selaras ketetapan undang-undang.

Bagaimanapun polis menerima maklumat ada pihak yang merancang menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Persekutuan.

“Tindakan mereka ini nyata bercanggah Perlembagaan Malaysia dan polis tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara,” tegas Khalid.

Perhimpunan anjuran Sarawak Dayak Iban Association (Sadia) dan Sarawak for Sarawak (S4S) Team itu dilapor diadakan sempena bagi meraikan kononnya tarikh kemerdekaan Sarawak daripada British pada 22 Julai 1963.

Ratusan peserta yang berpakaian baju-t-warna hitam bertulis ‘Sarawak for Sarawakians‘ kemudian berarak sejauh 1.5 kilometer ke Padang Rekreasi Song Kheng Khai dengan berjalan kaki dan menunggang basikal.

Tinjauan mendapati peserta turut bawa bendera negeri Sarawak serta pelbagai sepanduk bertulis bahasa Inggeris iaitu ‘peace’, ‘harmony’, ‘education autonomy’ dan ‘health care autonomy’. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: merdekasarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd