• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taylor Swift Dan Nicki Minaj Bercakaran Di Twitter

oleh AK-47
23/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDUSTRI muzik di Amerika Syarikat baru-baru ini kecoh apabila dua penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam muzik pop di sana iaitu Taylor Swift dan Nicki Minaj ‘bercakaran’ di laman makro Twitter masing-masing.

Hal ini dipercayai bermula apabila Minaj menulis twit berbunyi, “If your video celebrates women with very slim bodies, you will be nominated for vid of the year. Oh but trust me. I’ll be on that stage to collect my awards for vid of the year. Feeling Myself & Ananconda.” (Jika video anda menunjukkan sekumpulan wanita bertubuh kurus, anda akan tercalon dalam kategori video terbaik. Tapi percayalah, aku akan naik ke atas pentas untuk meraih anugerah video terbaik untuk tahun ini).

Walaupun tidak menujukan twit itu kepada sesiapa namun ramai peminat mengandaikan kenyataan itu ditujukan kepada Taylor Swift yang tercalon dalam kategori Video Terbaik Anugerah MTV Video Music Awards 2015 yang bakal berlangsung bulan hadapan.

Miley Cyrus Dipilih Jadi Hos Anugerah VMA 2015

Video lagu Bad Blood dendangan Swift menyaksikan sekumpulan selebriti wanita yang rapat dengan Swift melakukan penampilan istimewa mereka dalam video terbabit.

Terasa dengan twit itu, Swift kemudiannya menulis kepada Minaj berkata, “I have done nothing but love and support you.” (Saya tak buat apa-apa (salah) pun tapi saya sentiasa sayang dan menyokong anda).

Beberapa minit selepas itu Minaj pula memberi respons, “Huh? You must not be reading my tweets. Did not say a word about you. I love you just as much.” (Saya langsung tak mengata pasal anda. Saya pun sama menyayangi anda).

Enggan terus memanjangkan isu tersebut, Swift akhirnya mengalah dengan ‘mengajak’ Minaj bersama-sama meraikan kemenangannya sekiranya video Bad Blood memenangi anugerah Video Terbaik kelak. – MYNEWSHUB.CC

Taylor Swift – Bad Blood ft. Kendrick Lamar

Tags: hollywoodmyArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd