• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Hafifi Yakin Mampu Raih Tiket Ke Sukan Olimpik

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor berazam untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan menerusi dua kejohanan penting tahun ini.

Bagi merealisasikan impiannya itu Mohd Hafifi, 25, perlu beraksi cemerlang dalam Kejohanan Asia di Phuket Thailand pada September dan Kejohanan Dunia Amerika Syarikat pada November.

Katanya sebagai persiapan Mohd Hafifi dan jurulatihnya, Lukman dari Indonesia akan ke Australia bagi menjalani latihan selepas Aidilfitri ini.

“Jurulatih saya ini sangat berpengalaman, beliau pernah membawa ramai atlet angkat berat Indonesia ke Sukan Olimpik sebelum ini. Saya juga pernah berlatih bersama-sama atlet Olimpik Indonesia.

“Jika dilihat dari segi saiz badan, badan saya lebih besar daripada mereka, tetapi itu tidak menjamin seseorang atlet itu hebat. Dalam angkat berat, kami perlu tahu menggunakan teknik dalam setiap angkatan, pelbagai teknik yang saya belajar dengan jurulatih Lukman,” katanya kepada Bernama.

Beliau perlu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik.

Selain daripada menjalani latihan, Mohd Hafifi turut berdisplin dalam pengambilan ubat-ubatan supaya tidak terjebak dalam pengambilan barang larangan yang akan menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik.

Atlet berasal dari Kuala Terengganu itu merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel dalam kategori 69kg di Glasgow, Scotland tahun lepas. – BERNAMA

Tags: atlet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd