• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWM Terus Beri Kaunseling Keluarga Mangsa MH370,MH17

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memberi khidmat kaunseling kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata ketika ini, pegawai-pegawai kementerian masih memberi kaunseling mengikut kesesuaian serta kehendak keluarga penumpang dan anak kapal menerusi sama ada e-mel ataupun telefon.

“Pegawai kita akan melayan setiap pertanyaan mereka, kalau kita tidak boleh menjawab, kita akan rujuk kepada pihak bersesuaian.

“Katakan soalan mengenai MAS kita akan rujuk kepada MAS, jika soalan berkaitan Kementerian Pengangkutan kita rujuk kepada pihak berkenaan. Kita adakan intervensi ini bila-bila masa diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Aidilfitri KPWKM Peringkat Sarawak di Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini, hari ini.

Seramai 100 orang dari pelbagai institusi di bawah KPWKM Sarawak menerima sumbangan hari raya pada majlis itu.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu.

Ketika ditanya maklum balas keluarga penumpang dan anak kapal MH17 selepas setahun tragedi, Rohani berkata rata-rata mereka mengakui masih sedih dengan kejadian itu namun sedikit demi sedikit sudah boleh menerimanya dan meneruskan kehidupan.

“Pada 11 Julai lepas, semasa menghadiri majlis memperingati ulang tahun pertama MH17, saya berkesempatan berjumpa dengan semua keluarga penumpang dan anak kapal MH17 yang hadir.

“Mereka maklumkan kepada saya, mereka telah teruskan kehidupan dan ada yang menceburkan diri dalam perusahaan kecil, membuka butik baju, butik dalam talian, gerai dan kiosk. Kadang kala, jika mereka mengalami kemurungan, mereka akan berhubung dengan kaunselor kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH17MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd