• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Aliran Inggeris ‘Sukar’ Dilaksanakan

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat permintaan yang semakin meningkat supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan di negara ini, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA), berpendapat pelaksanaan sekolah aliran Inggeris lebih baik dibuat secara berperingkat.

Presidennya, Prof Dr S. Ganakumaran percaya mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris dalam tempoh yang singkat adalah sukar, tambahan pula terdapat kekurangan yang serius guru-guru bahasa Inggeris di peringkat global.

“Saya tidak fikir ia dapat dilaksanakan, anda mungkin boleh mewujudkan sekelompok atau wujudkan 100 sekolah aliran Inggeris di seluruh negara tetapi anda tidak boleh tukar semua sekolah kepada aliran Inggeris. Anda tidak mempunyai tenaga pengajar. Mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pun belum lagi berjaya.

“Jadi kita perlu melakukan ini secara praktikal dan wajar kerana kita tahu bahasa lain juga penting, kita tidak mahu ‘menjejaskan’ perkembangan bahasa lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini turut menzahirkan pandangan sama seperti yang disuarakan oleh aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu negara perlu mewujudkan semula pendidikan satu aliran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, menjadikan Singapura sebagai model.

Menurut Ganakumaran, ketidakcekapan rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris adalah membimbangkan kerana Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan pasaran kerja yang semakin tinggi.

Jika seseorang membandingkan standard bahasa Inggeris hari ini dengan tahap bahasa Inggeris 20 atau 30 tahun sebelum ini, ada sebab untuk dibimbangkan.

Tambahan pula, Indonesia dan Vietnam kini giat berusaha bagi memastikan rakyat mereka dapat menguasai bahasa Inggeris, katanya.

Beliau berkata kesannya tidak hanya menjejaskan individu, tetapi turut dirasai oleh negara dari segi perdagangan, perniagaan, pelaburan, serta menjual pengetahuan dan kemahiran Malaysia.

Ganakumaran berkata sistem pendidikan yang memerlukan guru-guru menghabiskan sukatan pelajaran berbanding daripada usaha memberi kefahaman kepada pelajar memahami kandungan pelajaran, menjadi satu daripada faktor utama kelemahan menguasai bahasa itu.

Pada masa depan, kerajaan boleh menggunakan bahasa Inggeris bagi subjek yang bukan kritikal seperti Sivik, Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani bagi memberi ruang yang cukup kepada pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Apa yang boleh dilakukan adalah mempunyai beberapa subjek lain dalam bahasa Inggeris, mereka telah cuba Matematik dan Sains tetapi gagal. Terlalu banyak tekanan, tetapi apa yang menghalang kita untuk melakukannya bagi mata pelajaran lain?

“Ia melengkapkan apa yang berlaku di dalam bilik darjah, anda tidak dapat mempelajari bahasa jika tidak berpeluang untuk menggunakannya. Itulah prinsip asas bahasa. Penting mewujudkan peluang untuk sering bertutur dalam sesuatu bahasa kerana kebanyakan sekolah, terutama di kawasan luar bandar, tiada peluang untuk bercakap dalam bahasa Inggeris di luar sekolah,” katanya.

Ganakumaran juga menegaskan para guru perlu mengamalkan kaedah pengajaran baharu dan kreatif kerana generasi sekarang lebih celik digital.

Memandangkan sebahagian guru masih lagi mengekalkan kaedah pembelajaran lama, beliau berkata sebaik pelajar memasuki kelas, mereka rasa bilik darjah ‘terputus’ dari dunia luar.

“Jadi bila lebih ramai guru mula menggunakan teknologi (baharu), bilik ‎darjah itu akan lebih berjaya,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/ilSZXVWMQjg

Tags: Sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd