• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi P.Pinang Meningkat 3 Kali Ganda

oleh Ahmad Albab
18/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan lebih tiga kali ganda sejak tempoh awal tahun sehinggav semalam, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jumlah kes yang telah dilaporkan hingga semalam telah meningkat kepada 2,990 berbanding 982 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata usaha mengatasi masalah demam denggi ini adalah tanggungjawab bersama dan semua pihak harus berkerjasama menghentikan pembiakan nyamuk Aedes ini.

“Pulau Pinang mempunyai situasi yang sama dengan Selangor di mana terdapat banyak kawasan projek pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Justeru, saya menyeru semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan untuk meningkat penguatkuasaan memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana tapak projek pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya kepada pemberita selepas memberi sumbangan kepada petugas-petugas Hospital Sungai Bakap sempena perayaan Aidilfitri di sini hari ini.

Katanya, Pulau Pinang masih kekal negeri yang keempat yang mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi selepas Selangor, Johor dan Perak.

Beliau berkata setakat semalam, jumlah kes demam denggi seluruh negara meningkat ke 64,473 kes berbanding 47,871 kes tahun lepas.

Sementara itu, Hilmi juga berkata kementerian Kesihatan sedang menggubal akta baharu khusus untuk perokok dan hasil produk tembakau yang turut merangkumi rokok elektronik.

Katanya, draf akta berkenaan sedang diteliti oleh kementerian sebelum dibawa ke Jabatan Peguam dan jemaah Kabinet sekiranya bersesuaian.

“Proses ini akan mengambil masa kerana melibatkan banyak pemegang kepentingan. Antara cadangan dalam akta baharu itu termasuk kawalan lebih ketat terhadap iklan rokok termasuk (rak) rokok di belakang kaunter (kedai),” katanya.

Tambahnya, ketika ini akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983. – BERNAMA

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd