• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Semporna Rampas Rokok Bernilai RM 53,938

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 2,750 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM53,938 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata kesemua rokok tersebut dirampas dalam operasi pada 7.15 petang di perairan Kampung Selamat.

“Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan. Setelah menyedari kehadiran pasukan peronda, bot pam itu terus melarikan diri menuju ke kawasan bakau.

“Ketika cuba dihampiri, seorang juragan bot pam itu bertindak terjun dan melarikan diri ke kawasan pokok-pokok bakau dan gagal di kesan. Hasil pemeriksaan terhadap bot pam itu, mendapati tiga karung putih mengandungi 1,750 bungkus rokok Astro Hijau dan 1,000 bungkus rokok Astro Merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati rokok tanpa cukai itu, dipercayai diseludup dari negara jiran dan untuk pasaran tempatan.

Kesemua rampasan itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana kesalahan menyeludup, katanya. – BERNAMA

 

Tags: polisRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd