• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, PM, Menteri & Pemimpin Negeri Adakan Rumah Terbuka

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti kelaziman, sempena sambutan Aidilfitri, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menteri-menteri Kabinet, pembesar dan pemimpin negeri akan mengadakan majlis rumah terbuka masing-masing pada 1 Syawal.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permasuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mengadakan majlis rumah terbuka bersama rakyat bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari di Istana Negara, di sini.

Seri Paduka baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari.

Sementara itu, Najib berserta jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya mulai 10 pagi hingga 4 petang.

Perkhidmatan bas percuma turut disediakan untuk memudahkan orang ramai di tiga lokasi di Putrajaya iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan rumah terbuka di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, pada Hari Raya pertama bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tuanku Muhriz sebelum itu akan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir.

Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Jalan Raja DiHilir di sini, pada hari raya pertama, yang akan bermula pada 3 petang.

Di SARAWAK, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib turut mengadakan rumah terbuka di Astana Negeri, Petra Jaya pada 1 Syawal untuk menteri Kabinet negeri dan pusat serta orang kenamaan tempatan dalam dua sesi iaitu bermula 10.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari 2.30 petang hingga 5 petang.

Pada hari raya kedua, rumah terbuka khas untuk ketua-ketua jabatan kerajaan, sektor swasta dan orang ramai mulai 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Di TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan mengadakan rumah terbuka di Kediaman Seri Iman, Batu Burok selepas Solat Jumaat bermula 2.30 petang hingga 6 petang.

Di JOHOR, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula akan mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman rasminya di Saujana, Johor Baharu mulai 10.30 pagi hingga 3.30 petang.

Di SELANGOR, kerajaan negeri akan mengadakan rumah terbuka di Stadium Shah Alam, mulai 10 pagi hingga 3 petang dan perkhidmatan bas percuma akan diadakan dari stesen komuter Batu 3 dan Sekyen 19, Shah Alam. – BERNAMA

 

Tags: AgongAidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd