KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat memantau pengguna media sosial yang menyebarkan kandungan berbaur hasutan dan perkauman.
Sehubungan itu, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaannya, Zulkarnain Mohd. Yasin meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan pihak yang melakukannya.
“SKMM dengan kerjasama penuh pihak pemberi perkhidmatan komunikasi akan mengenal pasti pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab.
“Mereka (pengendali perkhidmatan komunikasi) juga diminta menyimpan bukti-bukti yang boleh digunakan untuk pendakwaan di mahkamah nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkarnain berkata, SKMM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan maklumat dan berita palsu yang boleh menguggat keselamatan dan ketenteraman awam.
Tegasnya, ia berdasarkan kepada peruntukan yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“SKMM turut meminta pihak pemberi perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube menyekat akses mana-mana video dan gambar yang dimuat-naik dengan tujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan. – Mynewshub.cc
“Kami menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mana-mana pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab untuk memajukan maklumat tersebut untuk diambil tindakan,” katanya. – Mynewshub.cc
https://youtu.be/kvvUrcjrDQw

