• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kuala Kangsar Desak Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Kuala Kangsar memohon supaya semua wakil parti itu dalam kerajaan Selangor dan Pulau Pinang meletak jawatan dengan segera.

Yang Dipertuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar berkata, PAS perlu membuktikan ia sebuah parti politik yang berintegriti dan tegas dalam membuat keputusan.

Katanya, langkah itu juga penting supaya ahli PAS tidak pening dengan konsep ‘cerai tapi duduk serumah’.

“PAS adalah sebuah parti yang berprinsip atas dasarnya dan tidak akan tunduk dengan sebarang kecaman pihak luar terhadap kepimpinan dan dasar kita selama ini.

“Justeru, ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat perlu segera mengeluarkan arahan asemua jawatan lantikan politik di Pulau Pinang dan Selangor wajar dikosongkan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama memutuskan segala kerjasama dengan DAP.

Katanya, wakil PAS terbabit perlu letak jawatan bagi membuktikan PAS tidak mengharapkan kedudukan dalam kerajaan negeri yang diketuai atau disertai DAP.

“Keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP adalah komitmen yang paling tinggi yang harus dilakukan oleh ahli parti dan ia adalah keputusan yang berat bagi memartabatkan syiar Islam,” katanya. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/RnAMiA8vc80

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd