• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Melaka Kesan 264 Kesalahan Sepanjang 3 Hari Op Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah mengesan 264 kesalahan dilakukan pengguna jalan raya sepanjang tiga hari Op Hari Raya Aidilfitri 2015 dijalankan, kata Pengarahnya Mohd Fadhil Hassan.

Beliau berkata 156 daripadanya melibatkan kesalahan tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh, lesen kenderaan motor tamat tempoh (80), lebih muatan (8), kesalahan teknikal (16) dan selebihnya lain-lain kesalahan.

Katanya hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak tujuh kenderaan disita dan 249 kenderaan diambil tindakan dalam operasi yang bermula 10 Julai lepas.

“Sebanyak 1,571 kenderaan diperiksa dalam operasi melibatkan 85 anggota dan pegawai dan 15 anggota Skuad Muda 1JPJ, operasi ini akan dijalankan sehingga 25 Julai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi itu di Ayer Keroh di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua yang terlibat dalam operasi itu akan ditempatkan di lokasi tertentu di setiap 30 kilometer jalan utama negeri dan di hentian rehat dan rawat di negeri ini.

Mohd Fadhil berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan orang ramai bagi mencegah mereka melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Selain itu, kami juga melakukan pelbagai usaha lain termasuk pemeriksaan bas di depoh dan terminal bas, penyamaran penumpang bas, penyamaran bergambar dan advokasi keselamatan,” katanya.

Beliau berkata tujuh anggota termasuk tiga pegawai Puspakom juga ditempatkan di Terminal Bas Melaka Sentral bagi memantau bas ekspres yang beroperasi di situ.

“Kami juga telah melakukan pemeriksaan melibatkan 106 bas ekspres milik enam syarikat bas yang beroperasi di Terminal Bas Melaka Sentral antara 3 hingga 10 Julai lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd