SATU video memaparkan aksi ganas yang ditunjukkan oleh perusuh dalam kejadian di Plaza Low Yat, semalam kini berlegar di laman sosial.
Video berdurasi 2.58 minit itu menunjukkan keadaan yang tidak dapat dikawal walaupun terdapat kehadiran polis.
Melalui video, dapat dilihat kereta salah seorang daripada tiga mangsa yang dikatakan dalam laporan sebelum ini hancur remuk setelah dibedal oleh perusuh.
Kumpulan perusuh terbabit turut menghentak topi keledar pada kereta dan mengheret seorang lelaki dari kereta tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=e-CKgn0Ozb4&feature=youtu.be
Mangsa seterusnya dipukul seakan terdapat pesta yang diberikan ‘kelulusan’.
Seorang jurugambar dan wartawan yang cuba membantu juga telah menerima nasib sama.
Mujurlah tidak lama kemudian, keadaan dilaporkan kembali reda setelah pihak FRU tampil meredakan keadaan.
Rusuhan dipercayai bermula selepas seorang pemuda datang ke salah sebuah kedai menjual telefon bimbit di Plaza Low Yat kerana berasa tertipu selepas menyedari gajet yang dibeli rupanya tiruan.
Bagaimanapun, laporan sebenar mengatakan lelaki itu sebenarnya telah mencuri telefon bimbit di premis alat telekomunikasi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq

