• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Simbah Isteri Dengan Air Panas

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Cemburu buta menyebabkan seorang lelaki tergamak membelasah isterinya sebelum menyimbah air panas ke tubuh mangsa menyebabkan wanita itu menggelupur kesakitan.

Lebih teruk apabila lelaki berusia 48 tahun itu mengambil wang tunai dianggarkan RM1,400 milik mangsa sebelum melafazkan cerai selepas menuduh isterinya berlaku curang.

Kejadian dikatakan berlaku jam 4.30 petang kelmarin, ketika mangsa berusia 40 tahun berada di restoran miliknya di Jinjang di sini.

Sumber polis berkata, mangsa yang berkerja didatangi suaminya dalam keadaan marah dan terus menarik mangsa ke ruang dapur.

Menurutnya, suspek mengambil kayu dan memukul isterinya itu dan memaki hamun mangsa selepas menuduh wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja restoran itu.

“Mangsa menafikan perkara itu namun lelaki berkenaan tidak mempercayainya dan memukul mangsa sehingga terjatuh.

“Dia memijak kepala mangsa berulang kali menyebabkan isterinya itu mengerang kesakitan dan merayu dilepaskan,” katanya.

Sumber berkata, suspek tidak mengendahkan rayuan isterinya malah menyimbah air panas ke belakang tubuh mangsa.

“Pekerja restoran melihat lelaki itu menuju kaunter pembayaran dan mengambil wang jualan milik isterinya.

“Suspek melafazkan cerai kepada mangsa sebelum beredar pergi,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa yang melecur di belakang badan dan tangan tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. – myMetro Online

Tags: Suami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd