• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

123 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Khas Motosikal Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
12/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 123 saman malam tadi dalam Ops Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya Datuk Hassan Yaacob berkata operasi yang bermula Jumaat lepas sehingga 25 Julai bertujuan menurunkan bilangan kemalangan dan kematian pengguna jalan raya.

Katanya operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

“Daripada 123 saman itu, sebanyak 87 buah motosikal telah diambil tindakan termasuk sebuah motosikal disita,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi khas itu di Plaza Tol Juru menghala utara, malam tadi.

Hassan berkata antara kesalahan yang dikesan ialah tidak mempunyai lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan kesalahan teknikal.

Dalam perkembangan lain, Hassan berkata JPJ dengan kerjasama Skuad Muda 1JPJ dan JKJR merancang sembilan program operasi sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri.

“Antaranya penempatan anggota JPJ di setiap 30 kilometer di jalan utama negeri dan kawasan rehat dan rawat (R&R), Ops motosikal serentak seluruh negara, pemeriksaan bas di depoh dan terminal serta penyamaran bergambar,” katanya.

Beliau berkata denda RM300 akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan seperti memotong di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri, tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, tidak mematuhi lampu isyarat serta menggunakan lorong kecemasan.

Hassan juga mengingatkan pemandu kenderaan berat kategori pertama supaya tidak menggunakan jalan raya pada 15-16 Julai dan 24-25 Julai ini atau tindakan penguatkuasaan akan diambil.

Larangan itu bagi mengelakkan risiko kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain mengelak kesesakan lalu lintas, jelasnya. – BERNAMA

Tags: JPJsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd