• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,445 Nelayan Darat Terima Elaun Sara Hidup RM1,200 Seorang

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Sejumlah 2,445 nelayan darat di seluruh negara akan menerima ‘duit raya’ bernilai RM1,200 menerusi pembayaran elaun sara hidup nelayan darat yang bermula hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata elaun RM1,200 itu merupakan jumlah terkumpul elaun khas bernilai RM200 setiap bulan bagi tempoh enam bulan bermula Januari lepas.

Beliau menjelaskan pemberian elaun khas itu juga telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Parlimen tahun lepas, dan sebanyak RM12.5 juta diperuntukkan bagi tujuan itu untuk tahun ini.

“Mungkin ada mempersoalkan kenapa hanya nelayan dibantu. Saya ingin menjelaskan bahawa ia adalah satu daripada inisiatif kerajaan membantu meringankan beban nelayan darat yang berdepan pelbagai cabaran.

“Ini termasuk tidak boleh menangkap ikan seperti yang berlaku kepada nelayan Sungai Pahang yang mengalami kesukaran berikutan air sungainya semakin cetek menyebabkan mereka tidak dapat mencari rezeki seperti biasa,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan elaun sara hidup nelayan darat dan bantuan banjir perikanan di Dewan Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

Beliau juga berharap pembayaran elaun khas itu dapat diselesaikan sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 17 Julai ini bagi membantu golongan terbabit membuat persiapan raya.

Ismail Sabri juga memberitahu kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM8.3 juta kepada 1,655 nelayan darat yang mengalami kerugian akibat banjir, untuk membantu mereka menjalankan semula perusahaan penternakan ikan secepat mungkin.

Jumlah maksimum bantuan yang diberikan kepada seorang nelayan ialah RM5,000 yang boleh digunakan bagi kerja pembaikan seperti membaiki sangkar ikan yang rosak, katanya.

Selain itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO menasihatkan rakyat untuk tidak mempercayai tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti oleh sesetengah pihak terhadap pemimpin negara termasuk ke atas perdana menteri.

“Bagi saya rakyat perlu bersatu dan jangan percaya segala tuduhan dilemparkan tanpa bukti seperti yang berlaku sekarang… kerajaan telus kerana apabila ada isu timbul, satu jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasatnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd