• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Pelacur Di Sebuah Rumah Di Taman Lip Sin

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tidak berjaya selepas kediaman di Taman Lip Sin, di sini diserbu polis semalam.

Ketua Polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah jenis pangsapuri berkenaan kira-kira 4 petang semalam.

“Semasa serbuan itu terdapat lima wanita warga Thailand berusia 29 tahun hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai pelacur di rumah berkenaan.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai pelanggan kepada pelacur warga asing itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas enam keping kondom, tilam dan pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Mior Faridalatrash berkata sindiket berkenaan dipercayai menggunakan rumah berkenaan untuk aktiviti pelacuran sejak beberapa bulan lepas.

Katanya siasatan awal dipercayai sindiket itu didalangi warga tempatan dan usaha mengesan ketua sindiket itu giat dijalankan.

Katanya lima wanita berkenaan yang turut menyalah guna pas lawatan sosial kini direman mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63. – BERNAMA

https://youtu.be/DMPP8HMYvf4

Tags: Pelacur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

Walau Di Bilik Rahsia, 117 Pelacur Dan GRO Ditahan Imigresen Di Pusat Hiburan Ipoh

Walau Di Bilik Rahsia, 117 Pelacur Dan GRO Ditahan Imigresen Di Pusat Hiburan Ipoh

13/01/2024
0

IPOH: Seramai 117 pelacur dan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) dalam serbuan terhadap lima premis pusat hiburan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd