• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NTCM Bantu Malim Gunung Dapat Pekerjaan Sementara

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) akan menjalankan skim pekerjaan sementara untuk malim Gunung Kinabalu supaya mereka dapat bekerja di negeri lain.

Dalam kenyataannya, NTCM berkata langkah itu bagi membantu para malim mengasah kemahiran mereka mendaki gunung.

“NTCM telah menghulurkan sagu hati sebanyak RM10,000 kepada persatuan-persatuan membantu malim gunung buat masa terdekat ini,” menurut kenyataan itu.

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter, meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.

NTCM berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan ke Kundasang dan Ranau baru-baru ini bagi melihat kesan bencana itu selain mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Pertemuan itu bagi mencari kaedah bantuan yang boleh disalurkan untuk membantu penduduk tempatan, malim gunung dan keluarga mereka yang terlibat dalam bencana tersebut.

Selain itu, NTCM juga sedang mengenal pasti cara terbaik bagi menstabilkan semula kedatangan pelancong ke negeri Sabah yang menurutnya mengalami penurunan ekoran kejadian bencana itu.

NTCM merupakan badan penaung bagi persatuan dan organisasi pemasaran pelbagai industri pelancongan di negara ini dan menjadi penghubung antara penggiat industri dengan kerajaan. – BERNAMA

Tags: malim gunung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Mati Di Gunung Liang: Dua Malim Gunung Ditahan Bantu Siasatan

Pendaki Mati Di Gunung Liang: Dua Malim Gunung Ditahan Bantu Siasatan

17/10/2025
0

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak menahan dua malim gunung berusia 40-an bagi membantu siasatan tidak memiliki permit sah untuk memasuki...

JBPM Kedah Mahu Malim Gunung Sertai Bomba Bantuan

14/07/2017
0

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berhasrat menarik lebih banyak penyertaan malim gunung di negeri ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Bomba Bantuan khusus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd