• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemeriksaan Mental Suri Rumah Tanam Mayat Anak Dilanjut

oleh Ahmad Albab
13/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Selayang hari ini melanjutkan tempoh pemeriksaan mental selama dua bulan lagi ke atas seorang ibu yang didakwa menanam mayat anak lelakinya di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong, Mac lepas.

Majistret Nurliana Ismail membuat perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil memaklumkan laporan pemeriksaan mental tertuduh, Tan Boa Jia, 33, oleh pihak Hospital Tanjung Rambutan, Perak belum selesai.

Nurliana menetapkan 8 September depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, peguam Kitson Foong yang mewakili Boa Jia memaklumkan tertuduh tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana masih berada dalam pemantauan pihak hospital.

“Pihak hospital menjangkakan tiga bulan (pemeriksaan mental), psikiatri bukan seperti pemeriksaan biasa, perlu mengkaji tingkah laku dan sebagainya terutama jika membabitkan ‘battered wife syndrome’ (sindrom kemurungan),” katanya.

Pada 12 Jun lepas, Tan didakwa atas tuduhan melupuskan mayat Loo Yong Shen Evan, 9, yang dibunuh suaminya Loo Chon Wen, 33, di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang, 29 Mac lepas.

Boa Jia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan manakala suaminya didakwa membunuh anak itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=kD9n_u7zra4

Tags: kes bunuhSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd