• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabar Warga Pendidik Kembali Jadikan Perlis Negeri Berilmu

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencabar warga pendidik di negeri ini untuk kembali menjadikan Perlis sebagai ‘negeri ilmu’ seperti pernah dicapai pada satu ketika dahulu.

Menurut baginda, Perlis sering menjadi negeri terbaik dari segi keputusan peperiksaan namun kedudukan itu dirampas oleh negeri lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Beta ingin mengesyorkan semua pihak bermula dari jabatan, pengetua, guru besar, guru, pelajar, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru melipatgandakan usaha serta sentiasa bertindak segera dalam melaksanakan sesuatu dan menghindarkan sikap ‘tidak apa.’

“Beri tumpuan agar hala tuju memacu transformasi pendidikan cemerlang yang disasarkan pada tahun 2017 tercapai,” titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis ‘Iftar Jamaei’ Jabatan Pendikan Perlis (JPN) di Dewan 2020 di sini, semalam.

Baginda juga berkenan melancarkan Tabung Mahabbah Insan Prihatin JPN Perlis 2015 pada majlis itu yang turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua sebelum itu disambut oleh Pengarah JPN Perlis Rooslee Ismail serta pegawai kanan JPN negeri.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah meningkatkan tahap profesional dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran, menyemai budaya pemikiran aras tinggi, mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru dan mengembangkan sistem pendidikan berasaskan sains dan teknologi akan mampu mempercepatkan pencapaian matlamat menjadikan Perlis negeri ilmu semula.

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengucapkan tahniah kepada JPN Perlis kerana mengambil inisiatif melaksanakan program-program yang mempunyai nilai tambah untuk jabatan dan sekolah sepanjang bulan Ramadan.

“Beta sedar masih ramai pelajar di negeri ini daripada keluarga susah yang memerlukan bantuan namun perlu diingatkan bahawa tiada jalan pintas untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Beta menyeru semua pihak membantu golongan ini,” titah baginda.

Baginda kemudian menyampaikan sumbangan wang tunai MAIPs kepada 75 pelajar daripada keluarga asnaf dan miskin yang dipilih oleh JPN Perlis. – BERNAMA

Tags: PerlisRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd