SEBUAH video yang memaparkan aksi ganas seorang pengurus restoran terhadap staf wanitanya menjadi viral di laman-laman sosial, baru-baru ini.
Aksi brutal pengurus lelaki itu dipercayai bermula apabila pekerjanya tiba-tiba sahaja menyatakan hasrat mahu berhenti kerja pada ketika itu.
Kejadian dipercayai berlaku di Restoran Panera Bread, Manhattan, New York.
Dalam video itu, pekerja wanita berkenaan dilihat bertikam lidah dengan pengurusnya sebelum berlaku kekerasan sehingga wanita itu terhentak ke dinding restoran.
Pekerja wanita itu dipercayai telah menampar muka pengurus itu terlebih dahulu.
Pihak polis dilaporkan sedang menyiasat insiden tersebut.
Sementara itu, pihak pengurusan restoran berkata mereka tidak akan bertoleransi dengan pekerja yang menggunakan kekerasan dalam urusan perniagaan dan pekerjaan mereka.
Kedua-dua staf itu dikatakan sudah pun diberhentikan kerja oleh pihak restoran berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Zj5L9g0ugeA
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ

