• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Kekal Pendahulu Liga Super

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pahang mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Sarawak pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Kemenangan ke-10 yang diraih skuad ‘Tok Gajah’ itu selepas 15 perlawanan setakat ini, menyaksikan mereka terus mendahului carta Liga Super dengan kutipan 33 mata, berkelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada aksi malam ini, Pahang memperoleh jaringan menerusi Zesh Rehman pada minit ke-22, Dickson Nwakaeme (minit ke-70) dan Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-79, manakala gol saguhati Sarawak melalui Joseph Kalang Tie pada minit ke-64.

Pemain Pahang Zesham Rehman (kiri) menjaringkan gol pertama buat pasukannya ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Foto BERNAMA
Pemain Pahang Zesham Rehman (kiri) menjaringkan gol pertama buat pasukannya ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. – Foto BERNAMA

Turut meraih tiga mata penuh adalah kelab Felda United FC yang melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin muncul wira skuad ‘The Fighters’ apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-66 (penalti), ke-82 dan ke-86, serta gol oleh Zah Rahan Krangar pada minit ke-87.

Wakil Singapura, Lions XII pula memintas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berada di tangga keenam liga selepas menang tipis 2-1 ke atas Perak di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Lions XII, bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pemain Perak, Namkung Woong yang menanduk masuk bola hasil hantaran rakan sepasukan, sebelum wakil Singapura itu bangkit menjaringkan dua gol menerusi Muhammad Hafiz Abu Sujad pada minit ke-45 dan Safuwan Baharudin pada minit ke-53.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pasukan Terengganu mengutip tiga mata penuh setelah menang 2-0 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC.

Ashari Samsudin muncul wira skuad Penyu menerusi dua jaringan pada minit ke-26 dan ke-80.

Dalam pada itu, Kelantan yang dibimbing oleh pengendali sementara, Zahasmi Ismail, berjaya menamatkan badi kekalahan selepas menang 3-1 ke atas PDRM di Stadium Shah Alam.

Tiga gol skuad ‘The Red Warriors’ dijaringkan oleh Austin Amutu pada minit keempat, Jonathan McKain pada masa kecederaan babak pertama serta Erwin Carrillo pada minit ke-66, manakala gol tunggal PDRM menerusi Faizal Abu Bakar pada minit ke-73.

Perlawanan di antara JDT dan Selangor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam ini, ditunda ke 13 Julai, berikutan skuad Harimau Selatan itu akan terlibat dengan aksi persahabatan menentang kelab Liga Jerman, Borussia Dortmund, esok (9 Julai). – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rekod Diperbaharui: JDT Catat 105 Perlawanan Tanpa Kalah Liga Super

Rekod Diperbaharui: JDT Catat 105 Perlawanan Tanpa Kalah Liga Super

12/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super Malaysia terus mencipta sejarah apabila skuad Harimau Selatan berjaya...

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

JDT Juara Buat Kali Ke-10 Berturut-Turut

28/09/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul gelaran Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM FC 4-0...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd