• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Umum Penambahbaikan Skim MARA Bank

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MARA mengumumkan empat penambahbaikan bagi Skim Mara Bank (Skim 3) yang dilancarkan pada 1 Julai lepas.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata ini bagi memenuhi permohonan pinjaman yang semakin meningkat dan membolehkan lebih ramai pelajar Bumiputera mendapat kemudahan itu.

“Pertama, mengurangkan bayaran balik peminjam kepada bank dengan membayar sebanyak dua peratus kos pengurusan daripada jumlah pinjaman, manakala baki pinjaman akan dibiaya oleh Mara secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media berkaitan ‘MARA Smart Partnership with Financial Instituitions’ di sini.

Annuar berkata ia berbeza dengan sebelum ini di mana bayaran keuntungan (faedah bank) dibiayai oleh MARA dan pelajar kemudiannya perlu membuat bayaran pinjaman sepenuhnya secara berjadual selepas tamat tempoh pengajian.

“Melalui penambahbaikan ini peminjam juga boleh membayar balik dalam tempoh maksimum selama 20 tahun iaitu pada lima tahun pertama, bayaran boleh dibuat pada kadar paling minimum mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Annuar berkata penambahbaikan kedua adalah khusus bagi pelajar yang mendapat kelas pertama dengan (CGPA 3.75 ke atas) di mana 90 peratus daripada pembiayaan mereka akan dijelaskan oleh MARA iaitu pertukaran pinjaman kepada bentuk biasiswa.

Katanya yang ketiga ialah skim yang sebelum ini terbuka kepada peringkat Lepasan Ijazah kini diperluaskan kepada semua peringkat pengajian iaitu bermula di peringkat Diploma, Program Sarjana Muda, Sarjana, Master dan Doctor of Philosophy (PhD) di dalam dan luar negara.

Manakala yang ke empat Annuar berkata bagi pelajar yang memohon skim ini untuk pengajian luar negara dan tidak melepasi kelayakan yang ditetapkan iaitu keupayaan membayar balik pinjaman serta penjamin yang layak akan dibiayai melalui skim khas MARA.

Pemohon yang berminat perlu membuat permohonan melalui MARA secara dalam talian dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web MARA. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd