• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasca Banjir: 631 Buah Rumah Siap Dibaiki Kesedar – Abdul Aziz

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah membaiki sebanyak 631 buah rumah yang rosak akibat banjir besar pada Disember tahun lepas di Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.

Pengerusinya, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata sebanyak 800 buah rumah lagi akan dibaiki dalam fasa kedua yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Hari Raya Aidiladha pada September depan.

“Daerah paling banyak kami jalankan kerja baik pulih rumah ini adalah di Kuala Krai khususnya di Manek Urai, Dabong dan Kemubu.

“Kos membaiki setiap rumah yang rosak adalah antara RM5,000 sehingga RM10,000,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Kesedar di sini malam tadi.

Abdul Aziz menasihatkan mereka yang mengalami kerosakan rumah untuk tidak membaiki sendiri kediaman mereka sebaliknya kerja baik pulih itu diserahkan kepada Kesedar.

“Jangan baiki rumah dahulu… biar kami yang baik pulih. Sekiranya mereka membaik pulih sendiri ia akan menyukarkan keluarga terbabit untuk membuat tuntutan,” katanya.

Abdul Aziz berkata kerajaan persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM11 juta bagi kerja-kerja baik pulih jalan, surau serta masjid di kawasan yang terjejas banjir baru-baru ini.

“Kami akan bantu sama ada membaik pulih rumah, baiki jalan dan sebagainya dengan sebaik mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanPasca Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd