• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Berusia Dicekup Khalwat Di Bulan Ramadan

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDARAYA MELAKA – Kemuliaan bulan Ramadan dicemari apabila masih ada pasangan dicekup berkhalwat kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Bertambah memalukan apabila siasatan awal mendapati lelaki berusia 57 tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai empat anak sementara pasangannya berusia 49 tahun, mempunyai seorang cahaya mata.

Menurut sumber, semasa dicekup pihak berkuasa di sebuah rumah sewa di Semabok, lelaki terbabit hanya berseluar pendek dan wanita itu sedang terbaring berselimut.

Selepas ditanya berulang kali, mereka mengaku bukan pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Kandang sebelum ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, difahamkan wanita berkenaan uzur dan baharu sahaja keluar dari hospital.

“Siasatan masih dijalankan tetapi kita kesal dengan perbuatan ini.

“Sekiranya hendak menolong sekali pun, gunakanlah saluran yang sebenar kerana perbuatan seperti itu boleh mendatangkan fitnah,” katanya semasa dihubungi, semalam.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka 1991 dan sekiranya sabit bersalah boleh dihukum denda RM3,000 dan dua tahun penjara bagi lelaki sementara wanita RM2,000 serta penjara 12 bulan. – Sinar Harian Online

Tags: kes khalwatwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd