• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah WSJ: Najib Mulakan Proses Undang-Undang Bersihkan Nama

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN fitnah melampau dari akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu, beliau telah mengambil tindakan memulakan proses perundangan bagi menepis serangan tersebut.

Menerusi satu surat yang dikeluarkan firma guamannya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, mereka kini sedang meneliti fakta kes sebelum meneruskan tindakan selanjutnya terhadap pihak yang menulis, mengedar serta mencetak artikel berkenaan.

Ujar wakil firma, Wan Azmir Wan Majid dalam surat tersebut, “Melihat secara teliti kepada kandungan artikel terbabit, kami memutuskan bahasa yang digunakan secara sengaja atau tidak telah membuat rujukan beberapa fakta dan pihak-pihak terbabit telah dirujuk secara kurang jelas.”

1MDB: Pasukan Petugas Khas Beku 6 Akaun Bank

Sebagai langkah pertama, pihaknya akan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam penyiaran artikel berkenaan supaya individu-individu yang berlindung di sebalik fitnah itu dapat dinamakan untuk sebarang tindakan lanjut.

Selain itu, isu yang turut mendapat perhatian adalah isu-isu bidang kuasa yang mana penerbitan yang berpusat di Amerika Syarikat itu boleh diakses ke seluruh dunia.

WSJ-NAJIB

Tuduhan tak berasas WSJ terhadap Najib bermula 3 Julai lalu apabila akhbar tersebut menerbitkan satu artikel yang mendakwa dana dari syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipam masuk ke akaun peribadi PM.

Lantas, sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat isu berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, mereka telah mengambil tindakan dengan membekukan enam akaun bank individu-individu yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pasukan Petugas Khas Siasat Akaun Najib Razak

https://www.youtube.com/watch?v=MosapWJXPlg

Tags: fitnahNajib Tun RazakPDRMPerdana MenteriSPRMWSJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd