• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi Pembangkang Auta Ubah Lokasi Bincang Isu WSJ

oleh
09/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rupa-rupanya terbongkarlah selama ini pemimpin pembangkang hanya pandai bising tetapi tidak tahu buat kerja walaupun amat mudah: tempah bilik taklimat untuk perjumpaan ahli-ahli parlimen.

Bukan itu sahaja, perjumpaan tersebut kononnya akan disokong oleh wakil-wakil rakyat BN juga gagal apabila tiada seorang pun ahli parlimen kerajaan waima kelompok tanpa jawatan atau BNBBC datang ke acara berkenaan.

Sebaliknya apa yang berlaku, pemimpin pembangkang yang dikejutkan dengan berita Pas bakal menyaman DAP dan DAP cabar agar segera saman parti itu yang memecat wakil Pas di Pulau Pinang; cuba berlakon drama pula!

Kali ini sandiwara terbaharu Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail buat persidangan kononnya untuk membincangkan isu dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) ke atas Perdana Menteri.

Mereka sebelum ini kecoh menerusi laman portal propembangkang kononnya bersetuju ada perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN bagi membincangkan masa depan negara susulan pendedahan fitnah akhbar tersebut.

Hakikatnya, wakil rakyat BN yang sudah dapat ‘membaca’ agenda tersirat pembangkang itu bukan sahaja memalukan Wan Azizah apabila memboikot persidangan itu, malah lebih dahsyat lokasi pun diubah saat akhir.

Kononnya persidangan tersebut akan diadakan di Bilik Taklimat, Bangunan Sementara, Parlimen walhal tempat itu sudah pun ditempah oleh sebuah kementerian lebih awal lagi untuk satu program rasmi jabatan kerajaan.

Malu lokasi asal rupa-rupanya memang telah ada acara, pembangkang mengubah tempat ke bahagian depan Dataran Parlimen iaitu tapak padang kawad istiadat tabik hormat kenamaan bersebelahan menara Parlimen.

Maka baharulah pecah rahsia bahawa selama ini pembangkang hanya tahu ‘main’ umum sahaja lokasi tanpa buat apa-apa tempahan dan mereka berselindung lagi dengan cuba berlagak simpati duduk bersila beramai-ramai.

Keadaan itu tidak ubah seperti dalam filem Laksamana Do Re Mi apabila kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok sambil bersimpuh membincangkan isu bantuan dari negara sahabat mereka, Pasir Berdengung.

Portal berita AgendaDaily melaporkan, selain ahli parlimen DAP, PKR dan Pas; ada juga beberapa muka ‘lazim’ propembangkang antaranya Datuk S Ambiga, Hishamuddin Rais dan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Wan Azizah dalam sidang media tergemparnya menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berehat seketika daripada mentadbir negara sehinggalah siasatan kononnya terhadap salah laku tersebut selesai.

“Dakwaan terhadap Najib itu sangat serius dan kerana itulah kami semua berkumpul di sini. Peguam Negara sendiri telah melihat dokumen seperti yang didedahkan WSJ. Najib harus berehat seketika,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu dibuat sebuah badan bebas untuk menyiasat dakwaan berkenaan walhal Peguam Negara sudah pun mewujudkan Pasukan Petugas Khas bagi meneliti isu tersebut.

Ini membuktikan ketelusan Perdana Menteri sendiri yang sedia membersihkan namanya kerana pasukan itu telah pun membekukan 17 akaun dari dua buah bank kononnya sebagai milik Najib seperti yang didakwa oleh WSJ.

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Bagi yang dapat membaca ‘permainan’ pembangkang itu, tentu masih ingat bagaimana bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berkeras enggan melepaskan jawatan bagi menyiasat kes liwat kali keduanya itu.

Beliau bukan sahaja aktif berceramah ke seluruh negara menghentam sistem kehakiman negara kita, malah cipta rekod penangguhan 66 kali perbicaraan termasuk paling akhir rayuan diraja sebelum ditolak. – Mynewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimBNParlimenWall Street Journal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd