• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Daerah Di Sabah Ditumbuhi Tumbuhan Rumpai Miang Mexico

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini enam daerah di Sabah dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang Mexico yang berbahaya iaitu di kawasan-kawasan kecil melibatkan 16 lokasi.

Enam daerah itu adalah Ranau, Keningau, Tenom, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu.

Menterinya, Datuk Seri Yahya Hussin berkata rumpai itu disenaraikan dalam 10 teratas perosak asing berbahaya dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan Spesies Asing Berbahaya kerana tumbuhan itu memberi kesan berbahaya pada persekitaran, ekonomi serta kesihatan manusia dan haiwan.

“Pemantauan telah dilakukan dan jabatan pertanian mendapati rumpai ini tidak merebak ke seluruh negeri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Bujang (BN-Sindumin).

Namun, katanya, kementeriannya menerusi Jabatan Pertanian menangani masalah tumbuhan itu secara profesional dan pantas melalui pelaksanaan strategi pengawalan jangka pendek dan panjang.

Katanya, satu pasukan petugas iaitu Jawatankuasa Pengawasan dan Pengawalan Perosak telah ditubuhkan di samping mengaktifkan bilik gerakan di peringkat ibu pejabat Jabatan Pertanian.

“Strategi pengawalan jangka pendek ini termasuklah pemantauan, penghapusan, pembendungan dan juga kempen kesedaran,” katanya.

Selain itu, beliau berkata strategi jangka panjang melibatkan program pembangunan dan penyelidikan ( R&D) mengenai rumpai itu dan seterusnya menentukan kaedah pengawalan yang berkesan. – BERNAMA

Tags: Rumpai Miang MexicoSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd