• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 3,000 Liter Diesel Bersubsidi

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sejumlah 3,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM6,000 dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Bukit Tambun, di sini hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang ACP Mohd Yusof Abdullah berkata dalam serbuan pada 1.15 pagi itu, polis menahan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang disyaki anggota sindiket penyelewengan minyak.

“Semasa ditahan lelaki terbabit sedang mengisi minyak diesel dan hasil pemeriksaan, kami mendapati ada dua tangki fiber yang diubah suai di bahagian belakang lori jenis bonded itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat 3,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua tangki berkenaan yang dipercayai dibeli daripada beberapa stesen minyak di sekitar negeri ini.

“Siasatan awal juga mendapati sindiket itu turut mengubah strategi mereka dengan membeli bekalan minyak diesel di stesen minyak ketika awal pagi bagi mengelak dikesan,” katanya sambil memberitahu bahawa lori bernilai RM56,000 itu turut disita.

Beliau berkata kes itu diserah kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Dieselseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pemerhati ekonomi, Lim Sian See menerusi satu hantaran di media sosialnya mendakwa kuota...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd