ISTERI aktor popular Hugh Jackman, Deborra-Lee Furness mendedahkan yang dia mengharamkan suaminya berlakon dengan pelakon seksi, Angelina Jolie.
Namun, rupa-rupanya itu hanyalah gurauannya ketika ditemubual program televisyen The Today Show yang mana Deborra turut ditemani suami tercinta.
“Saya ada beritahu agen dia agar tidak membenarkan Hugh bekerja dengan Angelina.
“Saya pasti dia seorang yang baik. Saya suka dengan kebaikannya yang gemar mengambil anak angkat.. saya hanya bergurau (tidak benarkan suami berlakon dengan Angelina),” katanya.
Sementara itu, menerusi program sama Deborra membongkar rahsia mengenai keutuhan rumah tangganya yang kini sudah mencecah usia 19 tahun.
Salah satunya, Deborra telah menetapkan syarat dia dan suaminya tidak boleh berpisah dan berjauhan lebih daripada dua minggu bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka.
Hugh mengakui, Deborra ada peraturannya sendiri iaitu kami tak boleh berjauhan lebih daripada dua minggu.
“Kami tidak pernah berpisah lebih daripada dua minggu dan sehingga kini kami masih berpegang kuat dengan prinsip tersebut,” kata aktor yang popular dengan watak Wolverine itu.
Pasangan bahagia ini mempunyai dua anak angkat, Oscar, 14, dan Ava, 9.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ
Hugh Jackman’s Wife Doesn’t Like His Wolverine Bod
https://www.youtube.com/watch?v=Pr6jAqBJpL8



