• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Pihak Tak Senang Melihat Bangsa Johor Bersatu – TMJ

oleh Ahmad Albab
09/07/2015
dalam Politik
1
Share on FacebookShare on Twitter

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikenali dengan kelantangan dalam menyatakan pandangan, kini mendakwa ada pihak-pihak tertentu kurang senang dengan perpaduan rakyat Johor yang turut dikenali sebagai bangsa Johor.

Melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers baginda bertitah, ada pihak ingin melakukan provokasi tentang penggunaan istilah bangsa Johor dan mempertikaikan kenapa bukan bangsa Malaysia.

Tulis TMJ, “Saya ingin mengingatkan Bangsa Johor untuk sentiasa bersatu. Ramai orang luar dan sesetengah pihak yang kurang senang melihat kita bersatu. Ada pula yang mahu buat provokasi dengan membuat kenyataan kenapa bukan Bangsa Malaysia.

Nazri Aziz Minta Maaf Jika Terguris Perasaan TMJ

UntitledUntitled

“Ini adalah kerana dari zaman Atok Moyang saya kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia.”

Selain itu TMJ berkata, pihak lain boleh terus menggunakan istilah bangsa Malaysia tetapi rakyat Johor perlu sedar, tanah air yang dipijak merupakan hak milik mereka.

“Kami berbangga dengan sejarah kami. Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal usul sejarah Kami. Jikalau anda nak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau 5 Malaysia teruskan.

“Ia bukan satu jenayah. Tetapi kepada Bangsa Johor, jangan kita lupa bahawa ini adalah negeri kami. Bumi dan Hak milik negeri ini adalah Hak anda semua.”

Baginda juga mengingatkan supaya rakyat Johor terus bersatu dan tidak terpengaruh dengan strategi ‘pecah dan perintah’ kerana kekuatan sesuatu bangsa itu terletak pada kesatuan.

“Janganlah anda terpengaruh dengan strategi ‘divide and conquer’ oleh mana-mana pihak. Ingatlah betapa kuatnya kita bila kita bersatu. Seperti mana nasihat dan motto negeri Johor, Muafakat itu Barkat. ALLAH Peliharakan Sultan. Johor mesti sentiasa jadi Johor.”

Dakwaan tersebut dikeluarkan TMJ selepas kemelut antara banginda dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menemui titik noktah.

Ia berikutan tindakan TMJ enggan memanjangkan lagi kes berkenaan sebelum Nazri meminta maaf kepada baginda.

Agak-agaknya, mesej yang diujarkan TMJ ini ditujukan kepada siapa, ya? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Beza Antara Kami, Saya Dipilih Rakyat – Nazri Aziz

https://www.youtube.com/watch?v=i6Z6ZpvYUHI

Tags: JohorKaumNazri AzizTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd