• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemantauan 21 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri Bermula Esok

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemantauan harga terhadap 21 jenis barangan yang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini akan bermula esok sehingga 23 Julai, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata Skuad Pengguna dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan turut membantu melakukan pemantauan terhadap 21 barangan tersebut.

“Kita juga meminta kerjasama daripada rakyat keseluruhannya untuk melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah di pasaran kepada kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Mega Raya Putrajaya 2015 di Dataran Putrajaya di sini hari ini, anjuran Kelab Usahaniaga Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

Hasan berkata jika terdapat peniaga yang menjual lebih daripada harga siling yang ditetapkan, tindakan tegas akan diambil.

“Kita tiada kompromi (dari segi tindakan), kerana bekalan dalam pasaran adalah mencukupi, maka tiada alasan untuk peniaga menaikkan harga.

“Pada hemat saya sekiranya terdapat kenaikan harga barangan, peniaga harus disalahkan kerana harga ditetapkan melalui perbincangan bersama pihak berkaitan seperti penetapan harga ayam adalah input daripada persatuan penternak dan pihak veterinar,” kata Hasan.

Penganjuran Ekspo Mega Raya adalah yang pertama kali diadakan dengan penyertaan sebanyak 280 usahawan Bumiputera dengan jualan produk dan barangan raya. – BERNAMA

https://youtu.be/ibdSyJAAtVM

Tags: Hasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang RM100,000 Daripada Hasan Malek Dilucut Hak

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung...

Hasan Malek Yakin Mampu Pertahan Kuala Pilah

06/05/2018
0

KUALA PILAH – Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd