SERING kali kita mendengar rungutan masyarakat mengenai masa menunggu ketika berada di hospital kerajaan adalah terlalu lama dan sangat tidak munasabah kan?
Sebenarnya bukan niat para doktor hendak melambatkan sesuatu, tetapi lihatlah pesakit yang berkunjung ke hospital, beribu-ribu.
Disebabkan hal ini, seorang individu telah meluahkan rasa kecewanya terhadap perkhidmatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Menurut individu berkenaan, orang awam yang datang ke hospital itu terpaksa menunggu lama giliran untuk bertemu dengan doktor.
“Memang sakit hati menunggu. Dari jam 11 pagi sampai jam 2 petang, masih belum dipanggil lagi. Bila tengok bilik doktor, cuma satu bilik yang ada doktor.
“Tak pernah nak cepat, doktor dan pembantu perubatan di situ pun sombong-sombong, buat muka, berlagak. Memang kecewa dengan perkhidmatan HOSPITAL SULTAN ISMAIL,” tulisnya.
Bagaimanapun, tampil seorang wanita yang bekerja di hospital kerajaan memberikan pencerahan kepada ketidakpuashatian yang timbul.
Menerusi Facebook Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, beliau berkongsikan pengelamannya sepanjang 9 tahun bertugas sebagai doktor dan menjawab dakwaan individu berkenaan.
Semoga penjelasannya memberi manfaat kepada anda semua.

Sorry ya, harap ni tak mengumpat org yang post ni sebab tak kenal siapa.
Ok meh akak keje hospital kerajaan nak jawab ni. Faham memang perkhidmatan di hospital kerajaan belum optimum dan bukan saya nak menangkan kerajaan, tetapi ini yang saya tahu, 9 tahun kerja di hospital kerajaan.
1) unit KECEMASAN hospital kerajaan itu untuk kes-kes kecemasan. Dalam bahasa inggeris panggil ACCIDENT AND EMERGENCY. Jadi demam dan gatal kulit itu BUKAN KECEMASAN. Sila ke klinik kerajaan pada waktu pejabat ataupun klinik panel . Fever centre dibuka hingga jam 11 mlm di kebanyakan unit kecemasan, jadi datanglah sebelum tutup.
2) memang akan lebih ramai doktor di zon merah dan kuning berbanding hijau sbb zon merah adalah untuk pesakit kritikal antara hidup dan mati. Contoh?
Kemalangan jalanraya yang serius, patah tulang, pendarahan dlm otak (intracranial bleed), kecederaan dalaman (intraabdominal injury), sakit jantung , cedera di pukul dan sebagainya.
Agak-agak kalau saudara mara kita sakit jantung, rela ke seorang doktor je attend, yg lebih-lebih tu tengok pesakit gatal kulit dan demam di zon hijau?
3) tak mana kaya nya kerajaan dgn duit RM1 yang dibayar dan pesakit balik rumah semula sebab tunggu terlalu lama tu. Selama ini yang dapat jumpa doktor dengan RM1 buat vital sign, check darah, buat X-Ray, jumpa doktor, dapat ubat tu, ingat kos RM1 ke?
4) Kalau rasa mampu nak ada medical card & nak pergi ke hospital swasta, pucuk dicita ulam mendatang bagi kami. Walaupun kami ni dikutuk macamana pun, andai keadaan anda semakin teruk dan Hosp swasta tak mampu rawat atau perlu Bantuan contoh back up ICU atau alat bantu pernafasan (ventilator), kami tetap terima bila Hosp swasta transfer kamu semula ke hospital kerajaan.
Kesimpulan, manusia tiada yang perfect, sistem manusia tiada yang perfect. Dan buat pengetahuan anda, doctors are humans, nurses are humans, medical assistance are human & we work under the imperfect system created by human.
Sumber: Facebook Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
– MYNEWSHUB.CC/hzq


