• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Jamu Selera Dengan Kek, Roti Sebelum Rembat Duit

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bukan saja memecah masuk, malah seorang penjenayah sempat menikmati kek dan roti ketika memecah masuk sebuah kedai kek dan roti di Lobak, di sini, semalam sebelum melarikan wang tunai RM4,000.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu hanya disedari pemilik kedai sebaik saja datang ke kedainya bagi membuat persiapan memulakan perniagaan.

Menurut sumber, mangsa terkejut mendapati barangan di dalam kedainya bersepah sebelum membuat pemeriksaan pada dua kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bahagian hadapan dan dapur.

Rakaman imej suspek yang bertopeng ala pengganas IS.
Rakaman imej suspek yang bertopeng ala pengganas IS.

“Berdasarkan rakaman CCTV itu, terdapat seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain ala pengganas IS dan memakai topi telah pecah masuk ke dalam kedainya.

“Dari rakaman itu, suspek kelihatan berlegar-legar di dalam kedai beberapa minit untuk mencari barangan berharga dan sempat makan kek dan roti yang terdapat di dalam kedai,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, suspek yang menyedari terdapat CCTV di dalam kedai mangsa juga telah menyapu krim kek pada kamera berkenaan untuk mengaburi rakaman.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek dipercayai masuk ke dalam premis tersebut menerusi tingkap kecil di dalam tandas dan melarikan diri dengan turut mengikut laluan sama.

“Suspek juga dipercayai menggunakan pisau dan tukul besi membuka laci dan peti menyimpan wang sebelum melarikan diri.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM4,000 apabila hasil jualan dua hari yang disimpan di dalam kedai dilarikan suspek,” katanya yang memberitahu mangsa belum membuat sebarang laporan polis. – Sinar Harian

Tags: penjenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd