KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik gesaan sekumpulan 146 belia propembangkang supaya sebuah gabungan baru parti-parti pembangkang diwujudkan berikutan tindakan PAS memutuskan kerjasama dengan DAP.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar​ berkata, beliau menyambut baik permintaan kumpulan berkenaan supaya gabungan baru parti pembangkang itu dengan prinsip kerjasama yang lebih tegas​ dan inklusif​.
“Saya menyahut baik saranan beserta deklarasi​ “Rakyat Perlukan Kerajaan Alternatif” yang ​diwakili​ 146 ​suara ​Anak-anak Muda​ bertarikh​ 2 Julai 2015​.
​”Saya meneliti tiga tuntutan ​yang menyenaraikan; gabungan ​baru yang berhasil​ demi rakyat​; prinsip kerjasama yang lebih tegas​ serta benar-benar inklusif​.​ Tuntutan yang semestinya mencabar; dengan halangan institusi yang tidak demokratik di Malaysia tetapi tidak mustahil dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, kata Nurul Izzah, beliau bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan anak muda berkenaan berhubung permintaan mereka tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/m_JJCCv5Eds

