• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Barangan Harga Kawalan Bersempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata ia berkuat kuasa dari 7 hingga 23 Julai ini iaitu selama 17 hari berbanding 15 hari pada tahun lepas bagi menyekat kenaikan harga tidak munasabah.

“Skim ini akan berkuat kuasa pada 10 hari sebelum hari raya, pada hari raya dan enam hari selepas hari raya,” katanya pada sidang media pengumuman senarai barangan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata harga yang ditetapkan adalah hasil maklum balas daripada pegawai pemantau harga di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara selain perbincangan dengan kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta badan bukan kerajaan (NGO).

“KPDNKK juga sudah memastikan bekalan mencukupi di pasaran dan telah mendapat jaminan hasil daripada perbincangan tersebut,” katanya.

Hasan berkata KPDNKK melalui 2,100 penguatkuasanya di seluruh negara akan melaksanakan pemantauan lebih agresif kali ini bagi memastikan rakyat dapat menyambut Aidilfitri dengan cukup selesa.

Beliau berkata skim itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan.

“Manakala peniaga yang gagal meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pula bakal berdepan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu atau maksimum RM20,000 atau kompaun RM10,000 bagi syarikat”.

Katanya senarai harga barangan terbabit adalah berbeza mengikut zon dan pengguna boleh membuat semakan di laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my.

Berikut senarai 21 barangan tersebut:
1. Ayam hidup
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan
hempedal atau mana-mana bahagiannya)
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan
hempedal)
4. Telur ayam gred A
5. Telur ayam gred B
6. Telur ayam gred C
7. Daging lembu tempatan
8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak sahaja)
9. Daging kerbau import (India)
10. Cili merah
11. Tomato
12. Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
13. Kelapa biji (dikawal peringkat borong sahaja)
14. Kelapa parut (dikawal peringkat runcit sahaja)
15. Bawang merah kecil (India)
16. Bawang putih (China)
17. Bawang besar import
18. Ubi kentang import (China)
19. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor
setiap kilogram)
20. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)
21. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)
(dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja)

– BERNAMA

Tags: Hasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang RM100,000 Daripada Hasan Malek Dilucut Hak

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung...

Hasan Malek Yakin Mampu Pertahan Kuala Pilah

06/05/2018
0

KUALA PILAH – Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd