• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Istilah `Ikan Kecil’, `Ikan Jerung’ – SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak wajar membuat perbandingan “ikan kecil dan jerung” untuk menggambarkan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebuah agensi penguatkuasaan yang tidak cekap dan telus.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Badan Bebas Memantau SPRM, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, tiada istilah `ikan kecil dan jerung’ bagi SPRM kerana semua perbuatan rasuah merupakan jenayah yang memudaratkan.

“Anggota masyarakat dan negara berhadapan dengan risiko dan kemudaratan akibat perlakuan rasuah tidak kira besar atau kecil nilai rasuah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abu Zahar dalam pada itu mengkritik sikap pihak yang cuba mempolitikkan isu rasuah walhal rasuah adalah jenayah yang berbahaya kerana boleh menghancurkan masyarakat dan negara.

Justeru, katanya, pihaknya dan SPRM tidak akan melayan segala persepsi yang negatif dengan membuat kenyataan dan fitnah melulu tanpa asas.

Beliau turut memaklumkan sedang merancang untuk mengadakan satu pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen bagi mencari jalan terbaik mengukuhkan institusi agensi pencegahan rasuah di Malaysia.

“Kami berharap semua pihak termasuk ahli politik faham tentang prosedur kerja SPRM tidak boleh mendedahkan kepada umum demi menjaga kerahsiaan kerja siasatan.

“Kami berharap semua pihak akan memberi kerjasama dalam hal ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd