• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Polis Didakwa Minta Suapan RM200 Daripada Pemandu Lori

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan meminta dan menerima wang tunai berjumlah RM200 daripada seorang pemandu lori, tahun lalu.

Lans Koperal Rosdi Mat Kaha, 46, dan Konstable Mohd Izaimie Ismail, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.

Rosdi yang berkhidmat di Balai Polis Jaya Gading di sini, didakwa meminta RM200 daripada Rustam Wahid melalui Mohd Izaimie pada pukul 10.30 pagi, 11 Jun 2014 di tepi jalan Kuantan-Gambang berhampiran Sekolah Menengah Paya Besar di sini.

Mohd Izaimie pula didakwa memperoleh wang itu daripada Rustam pada pukul 2.25 petang hari yang sama di gerai makan Warung Zakiah di Jaya Gading.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap Rustam yang memandu lori dengan membawa muatan barang yang tidak ditutup dengan kanvas, yang merupakan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin yang menawarkan jaminan RM7,000 namun peguam kedua-dua tertuduh memohon ia dikurangkan.

Peguam Mohammed Hisham Ramdzan yang mewakili Rosdi merayu jaminan RM7,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan atas alasan tertuduh yang beralamat di Bukit Sekilau mempunyai dua orang isteri dan tujuh anak untuk ditanggung.

“Tertuduh telah berkhidmat selama 26 tahun dan ini merupakan kesalahan kali pertama beliau. Selain keluarganya, beliau juga menanggung keluarga kakaknya yang telah kematian suami,” katanya.

Sementara itu, peguam Rohiza Zulkifli yang mewakili Mohd Izaimie pula berkata anak guamnya mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak berusia antara enam tahun dan sebulan, selain menanggung ayah yang uzur di Kelantan.

Habibah membenarkan jaminan RM4,000 terhadap Rosdi manakala Mohd Izaimie ditetapkan sebanyak RM3,000, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Julai ini. Kedua-dua tertuduh membayar jaminan itu. – BERNAMA

 

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd