• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Sebabkan Kematian Lelaki Warga Syria

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga Syria, bulan lepas.

Mohd Nasir Mohd Salim@Halim, 32, seorang penyelia asrama dan Shahibul Iqmal Khairol, 19, seorang penganggur, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak terhadap mereka di hadapan hakim Azman Ahmad.

Mohd Nasir dan Shahibul Iqmal didakwa bersama-sama dengan lapan orang lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Alkhunaini Naif Abdullah, 30, di kaki lima kedai Main Room, Jalan Doraisamy, Dang Wangi di sini, pada pukul 5 pagi, 16 Jun lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melaporkan diri ke balai polis pada minggu pertama setiap bulan dan tidak menganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff manakala Mohd Nasir diwakili peguam Idris Seydalavi dan Shahibul Iqmal diwakili peguam Fahmi Adilah.

Pihak media sebelum ini melaporkan lelaki warga Syria itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah kereta Toyota Camry yang diletakkan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=xGjNxte9f7s

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd