• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 8 Kes Culik Kanak-Kanak Direkodkan Sejak 2012 – KDN

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya lapan kes penculikan kanak-kanak direkodkan di negara ini sejak 2012 sehingga Jun lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata daripada jumlah itu, tiga kes direkodkan pada 2012, masing-masing dua kes pada 2013 dan 2014 serta satu kes, pada tahun ini.

“Daripada lapan kes tersebut, enam mangsa telah berjaya diselamatkan, seorang dijumpai mati lemas dan seorang lagi mati dibunuh,” katanya bagi menjawab pertanyaan Senator Noriah Mahat mengenai jumlah kes penculikan kanak-kanak di Malaysia dan faktor berlakunya kejadian itu.

Menurut Wan Junaidi antara faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut adalah disebabkan kecuaian ibu bapa sendiri yang sering membiarkan anak mereka bersendirian tanpa pengawasan.

Bagaimanapun hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati faktor utama kes penculikan kanak-kanak adalah untuk mendapatkan wang tebusan daripada keluarga yang kebiasaanya melibatkan mereka yang mengenali keluarga mangsa, katanya.

“Kes penculikan merupakan satu isu kompleks yang memerlukan penglibatan semua pihak untuk mengekang jenayah ini memandangkan faktor ia berlaku bukan sekadar menuntut wang tebusan tetapi mempunyai motif lain seperti balas dendam dan menuntut kembali hutang.

“Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa dan keluarga malah menimbulkan kebimbangan masyarakat serta memberi kesan kepada maruah negara apabila melibatkan penculikan warga asing yang melancong atau menetap di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu Wan Junaidi berkata bagi mengekang kejadian penculikan terutama membabitkan kanak-kanak kementerian dengan kerjasama PDRM giat menjalankan risikan dan mengenal pasti individu atau sindiket yang dipercayai melakukan jenayah culik.

Kementerian juga telah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan mewujudkan talian Nur Kasih bagi memudahkan orang ramai membuat laporan jika terlihat kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan, katanya.

Beliau berkata program panduan keselamatan kepada kanak-kanak melalui iklan di televisyen dalam bentuk animasi dan kartun turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan untuk mereka ketika berada di luar rumah.

Menjawab soalan tambahan mengenai dakwaan kes penculikan kanak-kanak di negara ini membabitkan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara, beliau berkata ia merupakan khabar angin semata-mata.

“Dakwaan itu berleluasa dan disebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang mempuyai agenda tersendiri. Hasil risikan mengesahkan tiada satu pun kes berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ diperoleh, ia hanya disensasikan di media sosial,” katanya.

Wan Junaidi berkata menurut Kementerian Kesihatan, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial. – BERNAMA

Tags: KDNkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd