• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Kelantan Tambah Kapasiti Tenaga Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan akan menambah kapasiti penjanaan elektrik daripada 600 kepada 629 megawatt di negeri ini bagi menjamin bekalan mencukupi semasa sambutan Aidilfitri nanti.

Pengurus Besar TNB Kelantan Ir Md Yuslan Md Yusof berkata penambahan itu berasaskan peningkatan penggunaan elektrik berikutan ratusan ribu perantau pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Mengikut pengalaman TNB pada musim Aidilfitri yang lepas, jumlah berkenaan sudah mencukupi,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan kunci rumah kepada penduduk miskin dan berbuka puasa di Kampung Banir Belikong di sini, malam tadi.

Majlis tersebut dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali.

TNB membelanjakan sebanyak RM50,000 untuk membina rumah kediaman itu yang dimulakan sejak April lepas bagi kediaman pasangan suami isteri Che Isa Che Daud, 44, dan Maskah Awang, 36, di bawah projek Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku).

Che Isa yang bekerja sebagai buruh berkata keluarganya amat bersyukur menerima bantuan sebuah rumah secara percuma yang mempunyai tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan bilik air itu.

“Alhamdulillah, selesa bagi saya, isteri dan tiga anak kami yang berusia 3 hingga 9 tahun ini,” katanya.

Isterinya Maskah berkata sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi mereka sekeluarga kerana dapat tinggal di rumah baharu selepas tinggal selama kira-kira setahun di sebuah rumah buruk yang dibuat daripada buluh. – BERNAMA

Tags: KelantanTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd