• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans yang dilantik.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata tuntutan insurans itu boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai akaun dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan.

Tuntutan insurans itu meliputi perkara berikut:

i). Kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya.

ii). Pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian gempa bumi.

iii). Perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami.

iv). Kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah, ia tertakluk kepada polisi insurans yang dipilih.

Menurut kenyataan itu, mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau takaful yang terbabit.

Sehubungan itu, BPP berharap mangsa yang terlibat segera mengemukakan tuntutan insurans mereka untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Pada 5 Jun lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Ranau, Sabah dan mengorbankan 18 nyawa melibatkan 14 pendaki dan empat malim gunung, termasuk warga asing yang sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu.

Sebanyak 100 gegaran susulan turut direkodkan Jabatan Meteorologi sehingga 28 Jun lepas.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari di laman web http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir talian 03-8880 2121. – BERNAMA

Tags: Gempa SabahPenjawat Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd