SELEPAS membuat pengakuan bahawa dia merupakan seorang biseksual, Miley Cyrus kini tidak menyorokkan perasaan cinta yang membuak dalam hati terhadap pasangan kekasihnya, model Victoria Secret’s, Stella Maxwell.
Miley Cyrus Dedah Diri Biseksual Ketika Berumur 14 Tahun
Pasangan ini tidak segan silu berciuman mesra di tepi jalan sebaik sahaja Miley berehat seketika dari menjalani penggambaran video muzik terbaharunya di Los Angeles, baru-baru ini.
Miley yang bergaun sekuin berwarna emas kelihatan merangkul mesra leher Stella yang santai mengenakan baju denim dan seluar track hitam.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dikatakan berkenalan dengan Stella menerusi pembantu dan rakan baik Miley iaitu Cheyne.
Miley yang popular menerusi siri Disney Hannah Montana sebelum ini pernah bertunang dengan aktor kacak kelahiran Australia, Liam Hemsworth dan pernah bertemu janji dengan anak Arnold Schwarzenegger, Patrick Schwarzenegger selama lima bulan sebelum berpisah awal tahun ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=veP0SlDEgsI
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ




