• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Mahu Jemaah Jaga Adab Di Masjid

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu jemaah masjid mengamalkan adab mulia dalam Islam seperti mengenakan pakaian bersih dan bau-bauan yang harum, sebagai amalan harian.

Baginda bertitah jemaah juga perlu menggunakan bahasa indah serta bersikap positif ketika berada di masjid yang akan mengukuhkan pergaulan dan persaudaraan sesama umat Islam.

“Masjid adalah tempat terbaik untuk umat Islam memperbaiki hubungan tersebut. Jadi, wajarlah kita memulakannya dengan mengamalkan budaya itu di masjid,” titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis penamaan Masjid Faizuddin Jamalullail di Egang-Egang Melanu, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah, Rabu malam.

Teks ucapan baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu dikeluarkan di sini, Khamis.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin bersempena ‘Ops Pasir’ di timur Sabah itu disambut Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong.

Baginda bertitah masjid sebagai rumah ibadat, perlu mempunyai ciri-ciri seperti bangunan, persekitaran, tempat solat, tempat berwuduk serta tandas yang bersih selain diurus dengan cekap dan sentiasa diimarahkan dengan majlis ilmu.

Terdahulu, pada sebelah pagi, baginda berkenan menghadiri program ‘Titian Kasih’ Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum.

Pulau tersebut mempunyai kira-kira 30,000 penghuni.

Pada majlis perjumpaan itu, Tuanku Syed Faizuddin menasihatkan pelajar supaya sentiasa insaf dan menghargai pengorbanan ibu bapa di samping berusaha gigih mendalami ilmu agama agar menjadi manusia berakhlak dan mulia. – BERNAMA

Tags: masjidRaja Muda Perlis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd