• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Johor Anjur Program Bubur Lambuk Pandu Lalu

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor meluangkan masa dua hari ini beramah mesra dengan orang ramai melalui Program Bubur Lambuk Pandu Lalu bersempena bulan Ramadan di sini.

Pengarah Penyiaran Malaysia Johor Mohd Yusof Abdul Hamid berkata program tahunan kali ke-13 itu melibatkan pengagihan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai menggunakan konsep pandu lalu.

“Bubur lambuk itu akan diagihkan kepada orang ramai pada 3 petang menerusi pandu lalu di RTM bermula hari ini hingga esok,” kata beliau selepas merasmikan Program Bubur Lambuk itu di RTM Johor, di sini petang tadi.

Sebanyak 20 periuk bubur lambuk dihasilkan, melibatkan kira-kira 30 kakitangan RTM.

Ia dijangka dapat menghasilkan 6,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu, ketua tukang masak bubur lambuk Faridah Mohamed, yang juga kakitangan RTM berkata, keunikan bubur lambuk itu terletak pada rempahnya selain resepi asal yang masih dikekalkan.

Selain kakitangan RTM, antara yang turut terlibat dalam menghasilkan bubur lambuk itu termasuk sukarelawan daripada Jabatan Pertahanan Awam, Pejabat Menteri Besar Johor, Parlimen Johor Baharu dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Program bubur lambuk itu yang bermula seawal 8 pagi tadi turut dihadiri wakil syarikat korporat yang turut menyumbang kepada projek tersebut. – BERNAMA

Tags: bubur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tradisi Bubur Lambuk Istana Johor Diteruskan

Tradisi Bubur Lambuk Istana Johor Diteruskan

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU - Tradisi pengagihan bubur lambuk kurniaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diteruskan tahun ini sebagai inisiatif menyantuni...

PKNS Agih 12,000 Bubur Lambuk Percuma

30/06/2015
0

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengagihkan sebanyak 12,000 bungkus bubur lambuk bersempena Ramadan ini. Pengurus Perhubungan Awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd