• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ & Nazri Aziz Berbalas Kenyataan, Kali Ini “Isu Kacak”

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU melibatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang sudahpun reda, dilihat kembali marak hari ini.

Dalam satu temu bual eksklusif baginda bersama portal Malaysiakini, TMJ menolak satu kenyataan yang pernah dikeluarkan Nazri bahawa masyarakat menyukai beliau kerana beliau persis bintang Hollywood – memiliki kekayaan, kekuasaan dan kacak!

Pesanan TMJ Agar Pemimpin Lebih Berintegriti

Ujar TMJ seperti disiarkan Malaysiakini, “Saya ada baca kenyataan dia bahawa “orang ramai suka saya kerana saya seperti bintang Hollywood, kaya, berkuasa, kacak”.

“Kaya, ya. Berkuasa, mungkin. Kacak, tidak. Kamu boleh tulis begitu, saya tidak kisah.

“Semua ini tunjukkan betapa sombongnya kamu. Tong kosong memang bunyi bising. Itu pesan Ayahanda saya.”

Lanjutan daripada kenyataan TMJ, Nazri kemudiannya membalas dengan berkata bahawa beliau gembira dengan komen yang diluahkan TMJ itu.

“Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian. Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya. 

“Jika seorang lelaki kata lelaki lain kacak, maka kita perlu mempersoalkan seksualitinya, saya tidak mahu mempersoalkan seksualitinya.”

Dalam kenyataan sama, Nazri turut yakin bahawa tak semua rakyat Johor kecewa dengan kritikan yang dilontarkannya kepada TMJ.

“Saya tahu ramai rakyat Johor yang tidak berkongsi sentimen yang sama,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Polis Sudah Siasat Nazri Aziz Berkaitan Isu Nak ‘Belasah’ TMJ

https://www.youtube.com/watch?v=inEaz7N-YAw

Tags: Johorkacakkementerian pelanconganNazri AzizTMJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd