• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosly Mula Tugas Sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemangku ACP Rosly Hassan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya yang baharu hari ini menggantikan SAC Abdul Razak Abdul Majid yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Majlis serah tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

Rosly, 53, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Pahang dan telah berkhidmat dalam pasukan polis selama 33 tahun.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Rosly menyifatkan tugas baharunya itu satu tanggungjawab yang besar memandangkan Putrajaya sering menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara berskala besar selain menempatkan kediaman pemimpin negara.

“Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan usaha pencegahan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Abdul Razak, 59, berkata antara kes-kes mencabar yang dikendalikannya sepanjang lapan tahun menjadi Ketua Polis Daerah Putrajaya ialah kawalan keselamatan ketika perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, penganjuran Hari Belia dan Putrajaya International Fireworks Competition.

Abdul Razak kini Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=NVotcEsGN1A

Tags: polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd